Text Widget

Wednesday, November 5, 2008

Mesyuarat Bahagian Sik IV 2008

Seramai 60 orang calon telah menawarkan diri untuk bertanding. Jumlah yang agak tinggi.

Inilah yang dikatakan Demokrasi dalam UMNO. Sapa-sapa boleh bertanding. Tetapi harap-harap selepas pertandingan ' kiambang bertaut' kembali. Air dicincang tidak akan berpisah lama.

Terdapat calon bekas AJK pemuda yang ingin meneruskan perjuangan. Terdapat muka baru ingin mencuba nasib. Terdapat muka lama yang ingin mempertahankan jawatan.

Agak terkilan yang bekas Ketua Bahagian serta pengasas UMNO(Baru) Sik hanya bertanding sebagai AJK bahagian. Dimana letaknya pemikiran cawangan-cawangan ? Beliau diberikan nombor 05.

Jika tidak mahu beri tempat eksekutif kepada beliaupun, letaklah beliau dalam AJK bahagian. Banyak ilmu yg boleh dipelajari dari beliau.

Ada juga professional yang mencuba utk berada dalam barisan AJK. Kita tunggu dan lihat samada mereka ini diterima oleh perwakilan. Professional ini hanya ingin membantu mengukuhkan UMNO Sik. Mereka mempunyai pekerjaan tetap. Tidak bergantung kepada projek atau kerja-kerja politik.

Idea-idea baru mungkin dapat disalurkan utk memperkasakan UMNO sik.

Jika diberi perhatian sekarang, telah wujud 2 team yang mempunyai barisan AJK masing. Team A ialah dibawah YB Tajudin dan Team B dibawah Dato' OSman Desa. Tetapi masih ada lone ranger yang bergerak sendiri.

Perwakilan .... pilihlah yang terbaik dikalangan 60 orang ini.


Mesyuarat Bahagian Sik III 2008

Pertandingan untu jawatan Naib Ketua adalah agak sengit.

Lima calon pada awalnya menawarkan diri. Tetapi disaat akhir Ustaz Bakri menarik diri. Ini mungkin disebabkan beliau mungkin tiada kekuatan atau kelayakan untuk jawatan tersebut. God knows.

Calon lain ialah Azizan Ishak, Safarudin Hanafiah, Dato Hasbullah dan Mat Zuki Esso.

Azizan Ishak adalah penyandang jawatan tersebut. Dari segi kelebihan ialah beliau sudah lama dan berpengalaman di jawatan tersebut. Tetapi jika dikira performance, maka ianya masih boleh dipertikaikan. Beliau juga adalah pengerusi Kemajuan Felda yang mana agak rapat dengan DS Najib. Ini adalah advantage beliau. Tetapi angin-angin bertiup yang beliau sendiri tidak digemari oleh peneroka felda kawasan beliau. Dari segi rangkaian, beliau adalah bersama YB Tajudin.

Safarudin Hanafiah adalah bekas Ketua Pemuda. Beliau gagal memegang apa-apa jawatan eksekutif selepas tamat tempoh pemuda. Hanya berada dalam barisan AJK Bahagian. Buat pertama kali mencuba untuk jawatan eksekutif. Anak kepada seorang Tan Sri yang berasal dari Sik ... Tan Sri Hanafiah. Mempunyai kabel yang agak kuat di peringkat atasan. Walaubagaimanapun, beliau jarang berada di Sik. Banyak masa berada di Kuala Lumpur menjalankan business beliau. Tidak diketahui ke arah siapa beliau condong. Tetapi runner beliau juga adalah runner Dato' Osman Desa.

Dato' Hasbullah adalah bekas salah seorang Setiausaha kepada Paklah. Ketua Eksekutif Perkim di bawah Tun Dr Mahathir. Orang agama dan bukan asal dari Sik. Seorang yang agak cekal. Bekas calon DUN Jeneri pada PRU12 yang lalu dengan hanya kalah sebanyak 100 lebih. Agak agressif berkempen dan boleh dikatakan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan samada YB Tajudin atau Dato OSman Desa.

Mat Zuki Esso adalah anak Sik tetapi menetap di Kuala Lumpur. Memilik Esso Sik serta Shell sebelahnya. Berada dalam barisan jawatankuasa selama 2 penggal. Beliau lebih mirip kepada Dato Osman Desa. Masa agak kurang di Sik sebaliknya lebih berada di KL menjalankan bisness beliau.

Untuk perwakilan semua, pilihlah yang terbaik. Yang boleh berkhidmat. Yang boleh mengukuhkan UMNO Sik.


Mesyuarat Bahagian Sik II 2008

Calon untuk timbalan ketua pula ialah bekas YB DUN Jeneri iaitu Ismail Harun dan Arshad Said (penyandang). Dan terbaru yang Dr Mansor dari Klinik BErkat juga telah confirm untuk bertanding.

Ismail Harun ada kelebihan kerana bekas ADUN. Tetapi performance beliau semasa menjadi ADUN agak kurang memuaskan. Jadi banyak perwakilan dan ketua cawangan yang bakal menjadikan pemilihan ini sebagai satu medan untuk membalas dendam.

YB Ismail dikatakan lebih mirip kepada Dato Osman Desa. Jika diambilkira, bermakna beliau bersekongkol untuk membawa orang luar menjadi Ketua Bahagian Sik.

Arshad pula adalah penyandang jawatan Timbalan. Kawan baik Ismail Harun sebelum berlakunya pertandingan ini. Beliau mempunyai pengaruh kuat di Sik. Dan berkait rapat dengan YB Tajudin ADUN Belantik. Dari segi ini beliau mempunyai advantage.

Dr Mansor adalah newcomer. Masih baru dalam politik UMNO. Keputusan beliau bertanding jawatan Timbalan dan AJK adalah kurang tepat dan 'play safe'. Sepatutnya beliau perlu memilih untuk berada dalam AJK bahagian dahulu untuk mencari pengalaman politik. Kemudian beliau barulah berangan-angan untuk jawatan lebih tinggi. Walaubagaimanapun beliau ada penyokongnya tersendiri.

Maka selamat memilih wahai perwakilan bijaksana.


Mesyuarat Bahagian Sik 2008

Mesyuarat bahagian Sik akan diadakan pada 8 November 2008 ini. Semua tempat ada pertandingan. Ini bermakna sedikit sebanyak ada perpecahan dalam UMNO Sik.

Ketua Bahagian adalah straight fight antara YB Tajudin ADUN Belantik melawan Dato Osman Desa Setiausaha Politik Pak Lah.

YB Tajudin adalah anak tempatan dan juga seorang YB. Ini kelebihan yang amat ketara. Kalau dilihat kepada trend PRU 12 lalu, semua calon dari luar Sik tidak diterima oleh penduduk-penduduk Sik. Harapan ini juga disandarkan oleh YB Tajudin terharap perwakilan-perwakilan UMNO Sik. Jika ini menjadi keutamaan, maka cerahlah harapan YB Tajudin untuk ambil alih kepimpinan UMNO Sik.

Dato Osman Desa adalah orang Kepala Batas - orang luar. Salah satu faktor kekalahan beliau dalam PRU 12 lalu adalah sentimen orang luar datang menjajah Sik. Jika ini diambilkira dalam pemilihan Bahagian Sik, maka beliau awal-awal lagi sudah kalah.

Tapi Dato Osman desa seorang yang kaya. Duit tiada masalah bagi beliau. Kalau duit beliau itu diberikan kepada semua orang Sik, beliau masih boleh hidup senang lenang. Ini yang berlaku pada PRU 12 lalu. Beliau juga seorang yang berilmu dan memiliki kelulusan baik dari Universiti. Seorang yang mampu berkhutbah, berdoa , mengepalai majlis tahlil dsb. Jika ini diutamakan oleh perwakilan Sik, maka beliau senang-senang boleh menjadi ketua bahagian.

Tapi orang Sik (perwakilan) bukannya tak tahu berfikir atau hanya menjadi pak turut. Mereka tahu yang mana kaca dan yang mana intan. Cuma sekarang ini kita hanya ada kaca yang tidak berguna dengan kaca yg masih boleh digunakan. Pilih yg mana baik.

Intan sudah dibuang .... maka kenalah perwakilan SIk memilih kaca yg lebih baik.

Setakat ini hanya seorang saja yang masih belum kalah. Dato Dr Wam Azmi... Beliau memenangi dalam semua PRU dan pemilihan jawatan dalam bahagian.


Selamat Datang

Welcome to Blogspot UMNO Bahagian SIk


Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More